Sk Separap official website | Member Area : Register | Log Masuk
Info Sk Separap : Selamat Datang kepada para pengunjng blog Sk Separap. Terima Kasih di ucapkan atas kunjungan anda. Diharap dapat kembali semula di masa-masa akan datang.. Terima Kasih.... <-- (Sila halakan mouse pada teks jika anda tidak sempat membaca)

SELAMAT DATANG

DARI MEJA PENULIS

Sejarah Sekolah

Thursday 21 April 2011


Sekolah Kebangsaan Seri Separap didirikan secara gotong royong menerusi inisiatif dari penduduk-penduduk Kampung Separap pada 1hb Januari 1933. Kumpulan pengasasnya diketuai oleh Ketua Kampung Separap yang ketika itu bernama Tn. Hj. Abu Omar b. Muhibat. Beliau sendiri telah mewakafkan tanahnya sebagai tapak sekolah. Di antara Ahli Jawatankuasa yang terlibat ketika penubuhan Sekolah ini ialah Hj. Mohamad b. Hj. Daud, Hj Tahir b. Hj. Rais, Hj. Sharif b. Mohd Amin dan Hj. Wais b. Hj. Yoyo.

Peringkat awal sekolah ini hanyalah sebuah bangunan yang berlantaikan tanah dan berbumbungkan atas nipah. Ia digunakan menjadi bentuk panggung dengan berlantaikan papan dan atas nipah. Sekali lagi bangunan ini diubahsuai menjadi “L” pada tahun 1940-an.

Pada tahun 1950-an bangunan yang sedia ada digantikan dengan bangunan baru yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan. Bangunan tambahan pula mengisi ruang keperluan dan siap didirikan pada tahun 1970. Untuk melengkapkan prasarana yang lebih konduksif dalam pengajaran dan pembelajaran, bangunan tambahan dua tingkat telah dimulakan pembinaannya pada tahun 1985 dan seterusnya tambahan sebanyak RM 50,000.00 telah diberikan untuk pembinaan dua kelas lagi sebagai tambahan yang sedia ada untuk menampung keperluan bilik darjah yang semakin meningkat jumlah muridnya.
Nama sekolah ini diambil sempena dengan Kampung Separap. Tempat dimana sekolah ini didirikan dan nama Separap pula berasal dari perkataan mengikut ejaan Jawi “Separap” iaitu sempena perasmian kampong ini. Perasmian dibuat pada bulan Safar (bulan Hijrah) oleh Datuk Rapang. Jadi singkatan Safar dan Rapang itu wujudlah perkataan “SEPARAP”

Logo Sekolah

LOGO SEKOLAH: USAHA JAYA
Bentuk
Warna
Pengertian
Obor
Merah
Semangat ingin mencapai kejayaan para pendidik dan muridnya yang tidak pernah luntur dan padam
Bulatan
Merah
Menunjukkan betapa pentingnya erti kerjasama dalam menuntut ilmu dan ianya memerlukan keberanian
Usaha jaya
Melambangkan setiap muridnya perlu bekerja keras dalam mencapai kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid.
Biru
Berani & tegas
Kuning
Sabar & waspada
Putih
Suci & bersih

SLOGAN SEKOLAH: SENTIASA PROAKTIF MERINTIS KEUNGGULAN

Lagu Sekolah


Lagu Sekolah

SIAP SIAGA
Di bawah bumbung yang satu,
Kami bersatu tenaga
Menambahkan ilmu menempa jiwaku
Dengan sepenuh usaha

Cita-cita dibina
Berdoa pada yang Esa
Semoga tercipta insan yang berguna
Harapan nusa bangsa

Sukan Olahraga
Tetap dipertinggikan
Seni dan budaya
Tercipta dibawa dan dijaga

Semangat jujur waspada
Awas serta siaga
Baik diramalkan inilah rahsia
Pasti kita berjaya

Ciptaan: Hj. Zaidin bin Hj. Md Noor

Prasarana Sekolah

Makmal Komputer
Perkhidmatan:
  • Prasarana Pembelajaran Berbentukan Komputer
  • Kursus Dalaman ICT untuk staf sekolah
  • ‘ Cyber café ‘ untuk staf dan murid
  • Bengkel penyelenggraan komputer
  • Ruang Bacaan IT

Bilik J-Qaf
Perkhidmatan:
  • Menyampaikan kemahiran Jawi, Al-Quran, Bahasa 'Arab dan Fardhu 'Ain.
  • Bilik dengan persekitaran yang kondusif dan peralatan yang berkaitan telah disediakan untuk sesi j-QAF.
Pusat Sumber Sekolah
Perkhidmatan:
  • Perpustakaan menjadi pusat bagi banyak aktiviti pusat sumber.
  • Tersimpannya pelbagai bahan bacaan untuk pelbagai tahap pembacaan.
  • Sudut NILAM yang ada di perpustakaan ini digunakan untuk analisis dan penyimpanan rekod NILAM
  • Perpustakaan ini turut menyimpan pelbagai rekod berkaitan aktiviti-aktiviti pusat sumber.

Bilik Pemulihan Khas
Perkhidmatan:
  • Mengikut konsep pemulihan khas
  • Terdiri daripada murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas
  • Masa, tenaga guru pakar dan alat-alat pengajaran yang sesuai
  • Menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan

Selamat Tahun Baru 2010


Seperti biasa bila tahun bermula, sesi persekolahan juga bermula. Mulalah guru-guru, murid-murid dan juga ibu bapa sibuk dengan tugas dan peranan masing-masing.

Dengan ini, saya bagi pihak SK Seri Separap ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Menjalani Sesi Persekolahan 2010. Di harap, SK Seri Separap dapat mengulangi kejayaan dan kecemerlangan UPSR pada tahun ini

Gotong Royong Perdana Januari 2010

Pada 9hb Jan 2010, SK Seri Separap telah mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah. Aktiviti ini bermula jam 8:00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi

Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam aktiviti ini. Selain itu, murid Tahun 4 ,Tahun 5 dan Tahun 6 turut serta dalam aktiviti Gotong-Royong ini. Kami membersihkan kawasan sekolah meliputi kawasan Makmal Komputer, Bilik Guru, Bilik Air dan Bilik Darjah.

Kami membersihkan Makmal Komputer, menceriakan bilik guru, membersihkan kawasan taman dan mencantikkan kawasan sekolah.

Semua guru dan murid bekerjasama dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Ia berjalan dengan lancarnya.

Aktiviti ini patut kerap diadakan untuk menjamin tahap kebersihan dan keceriaan yang sentiasa memuaskan hati semua pihak. Persekitaran yang bersih dan ceria boleh menggalakkan lagi proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan jayanya

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Kelas 2010


Majlis Watikah Perlantikan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Kelas 2010

Tarikh: 18hb Januari 2010
Tempat: Dataran Ilmu SK Seri Separap
Masa :8.00 pagi
Disempurnakan oleh: Ketua Balai Bomba Daerah Batu Pahat

Aturcara Majlis

7.30 pagi: Semua guru dan murid mengambil tempat
7.40 pagi: Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Zilal b. Shahbudin
7.50 pagi: Nyanyian Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Johor
8.00 pagi: Ucapan Alu-aluan oleh Tn Hj. Khirom b. Abd Rahman, Guru Besar Sk Seri Separap
8.10 pagi: Ucapan Perasmian oleh Ketua Balai Bomba Daerah Batu Pahat
8.40 pagi: Bacaan Ikrar oleh Mohamad Hishamuddin b. Hamdan,Wakil Pelajar
8.50pagi: Penyampaian Sijil Perlantikkan Pengawas, Pustakawan, Ketua Kelas dan Penolong
9.00pagi: Penyampaian cendermata
Nyanyian Lagu Negaraku
Bersurai

Gambar diambil sepanjang Majlis Perlantikan Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Majlis Persaraan GPK Ko-kurikulum Pn Sadiah Bt Md Esa


Majlis Persaraan GPK Ko-kurikulum Pn Sadiah Bt Md Esa


Tarikh: 22hb Januari 2010
Tempat: Dewan Terbuka , SK Seri Separap
Masa :11.20 pagi

Majlis Persaraan Pn Sadiah Bt Md Esa, GPK Ko-kurikulum diadakan di dewan terbuka SK Seri Separap pada jam 11.30 pagi tadi. Majlis yang penuh sejarah dan bermakna ini turut dihadiri oleh GPK 1, Pn Kamaliah Bt Zaiyadi, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi.

Dalam ucapan akhir beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak termasuk semua guru yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada beliau sewaktu bertugas sebagai GPK Ko-kurikulum. Beliau juga memohon berbanyak kemaafan daripada semua pihak yang mengenali beliau terutama warga pendidikan sekiranya ada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh beliau sepanjang bertugas sebagai guru.

Kunjungan Guru Pelatih IPTHO ke Sk Seri Separap


Kunjungan Guru Pelatih IPTHO ke Sk Seri Separap

Pada 9hb Februari,seramai 20 orang guru pelatih dari IPTHO membuat lawatan ke SK Seri Separap dalam mendalami pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mereka juga mempelajari selok belok dalam menjadi seorang guru selepas mereka habis pelajaran di Institut Perguruan.

Minggu Ko-Kurikulum Minggu Pertama


Gambar sepanjang Pemilihan Jawatankuasa baru 2010

Pada 6 Mac 2010, mengadakan Minggu Pertama K0- kurikulum bersama murid-murid Sk Seri Separap. Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa juga diadakan dalam memilih ahli jawatankuasa yang baru dalam melancarkan perjalanan aktiviti tahunan dalam rumah sukan, badan beruniform, persatuan dan juga kelab.

Tahniah SK Seri Separap memenangi acara 4 x100 relay 10 thn & 4x200 relay 10 thn


Wakil Sekolah dalam Acara 4x100 relay 10 thn dan 4x200 relay 10 thn
SK Seri Separap memenangi acara 4x100 relay 10 thn dan 4x200 relay 10 thn
Alhamdulillah, selesai sudah Acara Temasya Balapan dan Padang Zon Semerah yang mana SK. Seri Separap dilantik dalam bahagian teknik pertandingan yang mengelolakan pertandingan ini. Semuanya berjalan lancar dengan setiap apa yang telah dirancangkan.

Terima Kasih kepada semua Guru-guru yang terlibat bagi menjayakan Acara Temasya Balapan dan Padang yang kali ke 43.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Barisan Guru dan Staf Sokongan


Barisan Guru dan Staf Sokongan SK Seri Separap

Ucapan Ribuan Terima Kasih Perasmian Blog Sekolah


K Seri Separap ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas perasmian blog sekolah yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ariss Samsuddin ADUN Semerah dalam Mesyuarat PIBG 2010.
Diharapkan dengan sokongan YB Datuk Haji Ariss Samsuddin dapat memberi motivasi kepada murid-murid Sk Seri Separap untuk mendapat kejayaan yang lebih besar pada masa-masa akan datang.

Mesyuarat PIBG ke 43


Tarikh : 28hb March 2010
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Kantin SK Seri Separap
Mesyuarat PIBG ke 43 telah diadakan di Kantin SK Seri Separap dan dirasmikan oleh YB Dato Ariss Samsuddin, Adun Semerah. Penyampaian hadiah kepada bekas murid Sk Seri Separap dalam mencapai 5A dalam UPSR 2009

Maulidur Rasul

Tarikh:2 hb April 2010
Masa: 7.30 pagi -12.00 tgh hari
Tempat: Dewan Terbuka, Sk Seri Separap

SK Seri Separap telah menyambut maulud nabi peringkat sekolah.

Persiapan Maulidur Rasul






















Ruangan Hubungi

Nama *
Email *
Telefon

###
-
###
-
####
Subjek *

MISI DAN VISI

Matlamat kami adalah ingin membina pelajar menjadi seorang yang berguna untuk agama,bangsa dan Tanahair. Selain itu kami juga berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan pelajar lebih peka terhadap dunia IT yang serba maju dan sekaligus meningkatkan lagi kualiti pelajar dalam kemahiran berkomputer.
 

Mengenai Kami

My photo
Selamat Datang ke Blog Sk Separap. Blog ini di bina untuk memudahkan kakitangan dan pihak-pihak yang berkaitan untuk mengetahui sebarang perkembangan di sekolah kami dan sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara sekolah.

Followers