Sk Separap official website | Member Area : Register | Log Masuk

Sejarah Sekolah

Thursday 21 April 2011

Share this history on :

Sekolah Kebangsaan Seri Separap didirikan secara gotong royong menerusi inisiatif dari penduduk-penduduk Kampung Separap pada 1hb Januari 1933. Kumpulan pengasasnya diketuai oleh Ketua Kampung Separap yang ketika itu bernama Tn. Hj. Abu Omar b. Muhibat. Beliau sendiri telah mewakafkan tanahnya sebagai tapak sekolah. Di antara Ahli Jawatankuasa yang terlibat ketika penubuhan Sekolah ini ialah Hj. Mohamad b. Hj. Daud, Hj Tahir b. Hj. Rais, Hj. Sharif b. Mohd Amin dan Hj. Wais b. Hj. Yoyo.

Peringkat awal sekolah ini hanyalah sebuah bangunan yang berlantaikan tanah dan berbumbungkan atas nipah. Ia digunakan menjadi bentuk panggung dengan berlantaikan papan dan atas nipah. Sekali lagi bangunan ini diubahsuai menjadi “L” pada tahun 1940-an.

Pada tahun 1950-an bangunan yang sedia ada digantikan dengan bangunan baru yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan. Bangunan tambahan pula mengisi ruang keperluan dan siap didirikan pada tahun 1970. Untuk melengkapkan prasarana yang lebih konduksif dalam pengajaran dan pembelajaran, bangunan tambahan dua tingkat telah dimulakan pembinaannya pada tahun 1985 dan seterusnya tambahan sebanyak RM 50,000.00 telah diberikan untuk pembinaan dua kelas lagi sebagai tambahan yang sedia ada untuk menampung keperluan bilik darjah yang semakin meningkat jumlah muridnya.
Nama sekolah ini diambil sempena dengan Kampung Separap. Tempat dimana sekolah ini didirikan dan nama Separap pula berasal dari perkataan mengikut ejaan Jawi “Separap” iaitu sempena perasmian kampong ini. Perasmian dibuat pada bulan Safar (bulan Hijrah) oleh Datuk Rapang. Jadi singkatan Safar dan Rapang itu wujudlah perkataan “SEPARAP”

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : youremail@gmail.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments:

Post a Comment

MISI DAN VISI

Matlamat kami adalah ingin membina pelajar menjadi seorang yang berguna untuk agama,bangsa dan Tanahair. Selain itu kami juga berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan pelajar lebih peka terhadap dunia IT yang serba maju dan sekaligus meningkatkan lagi kualiti pelajar dalam kemahiran berkomputer.