Sk Separap official website | Member Area : Register | Log Masuk
Info Sk Separap : Selamat Datang kepada para pengunjng blog Sk Separap. Terima Kasih di ucapkan atas kunjungan anda. Diharap dapat kembali semula di masa-masa akan datang.. Terima Kasih.... <-- (Sila halakan mouse pada teks jika anda tidak sempat membaca)

SELAMAT DATANG

DARI MEJA PENULIS

Sejarah Sekolah

Thursday 21 April 2011


Sekolah Kebangsaan Seri Separap didirikan secara gotong royong menerusi inisiatif dari penduduk-penduduk Kampung Separap pada 1hb Januari 1933. Kumpulan pengasasnya diketuai oleh Ketua Kampung Separap yang ketika itu bernama Tn. Hj. Abu Omar b. Muhibat. Beliau sendiri telah mewakafkan tanahnya sebagai tapak sekolah. Di antara Ahli Jawatankuasa yang terlibat ketika penubuhan Sekolah ini ialah Hj. Mohamad b. Hj. Daud, Hj Tahir b. Hj. Rais, Hj. Sharif b. Mohd Amin dan Hj. Wais b. Hj. Yoyo.

Peringkat awal sekolah ini hanyalah sebuah bangunan yang berlantaikan tanah dan berbumbungkan atas nipah. Ia digunakan menjadi bentuk panggung dengan berlantaikan papan dan atas nipah. Sekali lagi bangunan ini diubahsuai menjadi “L” pada tahun 1940-an.

Pada tahun 1950-an bangunan yang sedia ada digantikan dengan bangunan baru yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan. Bangunan tambahan pula mengisi ruang keperluan dan siap didirikan pada tahun 1970. Untuk melengkapkan prasarana yang lebih konduksif dalam pengajaran dan pembelajaran, bangunan tambahan dua tingkat telah dimulakan pembinaannya pada tahun 1985 dan seterusnya tambahan sebanyak RM 50,000.00 telah diberikan untuk pembinaan dua kelas lagi sebagai tambahan yang sedia ada untuk menampung keperluan bilik darjah yang semakin meningkat jumlah muridnya.
Nama sekolah ini diambil sempena dengan Kampung Separap. Tempat dimana sekolah ini didirikan dan nama Separap pula berasal dari perkataan mengikut ejaan Jawi “Separap” iaitu sempena perasmian kampong ini. Perasmian dibuat pada bulan Safar (bulan Hijrah) oleh Datuk Rapang. Jadi singkatan Safar dan Rapang itu wujudlah perkataan “SEPARAP”

Logo Sekolah

LOGO SEKOLAH: USAHA JAYA
Bentuk
Warna
Pengertian
Obor
Merah
Semangat ingin mencapai kejayaan para pendidik dan muridnya yang tidak pernah luntur dan padam
Bulatan
Merah
Menunjukkan betapa pentingnya erti kerjasama dalam menuntut ilmu dan ianya memerlukan keberanian
Usaha jaya
Melambangkan setiap muridnya perlu bekerja keras dalam mencapai kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid.
Biru
Berani & tegas
Kuning
Sabar & waspada
Putih
Suci & bersih

SLOGAN SEKOLAH: SENTIASA PROAKTIF MERINTIS KEUNGGULAN

Lagu Sekolah


Lagu Sekolah

SIAP SIAGA
Di bawah bumbung yang satu,
Kami bersatu tenaga
Menambahkan ilmu menempa jiwaku
Dengan sepenuh usaha

Cita-cita dibina
Berdoa pada yang Esa
Semoga tercipta insan yang berguna
Harapan nusa bangsa

Sukan Olahraga
Tetap dipertinggikan
Seni dan budaya
Tercipta dibawa dan dijaga

Semangat jujur waspada
Awas serta siaga
Baik diramalkan inilah rahsia
Pasti kita berjaya

Ciptaan: Hj. Zaidin bin Hj. Md Noor

Prasarana Sekolah

Makmal Komputer
Perkhidmatan:
  • Prasarana Pembelajaran Berbentukan Komputer
  • Kursus Dalaman ICT untuk staf sekolah
  • ‘ Cyber cafĂ© ‘ untuk staf dan murid
  • Bengkel penyelenggraan komputer
  • Ruang Bacaan IT

Bilik J-Qaf
Perkhidmatan:
  • Menyampaikan kemahiran Jawi, Al-Quran, Bahasa 'Arab dan Fardhu 'Ain.
  • Bilik dengan persekitaran yang kondusif dan peralatan yang berkaitan telah disediakan untuk sesi j-QAF.
Pusat Sumber Sekolah
Perkhidmatan:
  • Perpustakaan menjadi pusat bagi banyak aktiviti pusat sumber.
  • Tersimpannya pelbagai bahan bacaan untuk pelbagai tahap pembacaan.
  • Sudut NILAM yang ada di perpustakaan ini digunakan untuk analisis dan penyimpanan rekod NILAM
  • Perpustakaan ini turut menyimpan pelbagai rekod berkaitan aktiviti-aktiviti pusat sumber.

Bilik Pemulihan Khas
Perkhidmatan:
  • Mengikut konsep pemulihan khas
  • Terdiri daripada murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas
  • Masa, tenaga guru pakar dan alat-alat pengajaran yang sesuai
  • Menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan

MISI DAN VISI

Matlamat kami adalah ingin membina pelajar menjadi seorang yang berguna untuk agama,bangsa dan Tanahair. Selain itu kami juga berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan pelajar lebih peka terhadap dunia IT yang serba maju dan sekaligus meningkatkan lagi kualiti pelajar dalam kemahiran berkomputer.
 

Mengenai Kami

My photo
Selamat Datang ke Blog Sk Separap. Blog ini di bina untuk memudahkan kakitangan dan pihak-pihak yang berkaitan untuk mengetahui sebarang perkembangan di sekolah kami dan sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara sekolah.

Followers